Wednesday, September 1, 2010

1.0 Pengenalan

Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1) (2009): 3-15 yang bertajuk “Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua” adalah salah satu kajian yang berkaitan dengan cara untuk meningkatkan kefahaman dan minat pelajar dalam memahami matapelajaran Sejarah. Jurnal ini telah ditulis oleh dua orang penulis iaitu Zahara Aziz dan Nurliah Jair. Penggunaan peta konsep dalam pengajaran sejarah adalah relevan kerana melalui peta konsep sesuatu fakta itu mudah untuk diingati. Kajian ini dilakukan ke atas pelajar tingkatan 2 di sebuah sekolah di Cheras dan kajian ini dilakukan ke atas 37 orang pelajar 2H dan seorang guru yang mempunyai pengalaman yang luas dalam pengajaran Sejarah. Kajian ini mengariskan tiga objektif utama yang ingin dikaji. Objektifnya boleh dibaca pada artikel pada bahagian lampiran.

Kajian ini ditulis adalah untuk kegunaan pendidikan terutamanya dalam matapelajaran Sejarah yang mempunyai banyak fakta yang perlu diingat. Oleh itu pada pendapat saya, kajian ini menyasarkan golongan yang membaca artikel ini adalah pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga guru-guru sekolah. Ini adalah bertujuan untuk penambahbaikan dalam pendidikan. Selain itu juga, melalui kajian ini, guru-guru terutamanya guru sejarah lebih peka kepada pengajaran mereka dimana guru-guru boleh mencuba cara pengajaran yang pelbagai kepada pelajar.

2.0 Penilaian Artikel dan Reaksi
Jurnal Pendidikan Malaysia ini bertemakan pendidikan. Tema pendidikan ini boleh diperhatikan dengan bagaimana cara pengajaran guru dalam meningkatkan pencapaian matapelajaran Sejarah. Oleh itu tema ini sangat jelas kerana ia menerangkan dengan jelas cara untuk meningkatkan pencapaian dalam matapelajaran Sejarah melalui penggunaan peta konsep.

Artikel pengguanan peta konsep dalam matapelajaran Sejarah tersebut adalah menarik dan juga bersifat analitikal. Menariknya artikel ini boleh dilihat apabila kajian ini melibatkan pelajar dan juga guru. Para pelajar diuji dengan dua jenis ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca. Malah kajian penggunaan peta konsep ini telah dijalankan selama lapan minggu berturut-turut. Selama lapan minggu pembelajaran Sejarah menggunakan peta konsep, tentunya menyeronokkan dan pelbagai peta konsep telah diberikan kepada pelajar. Analitikal pula melibatkan proses mental yang “conscious direction” untuk mencari penyelesaian yang penuh bermakna tehadap sesuatu masalah. Pemikiran analitikal boleh digunakan dalam untuk tujuan yang berbeza-beza. Dalam penyelesaian masalah, matlamat pemikiran analitikal adalah bergerak daripada satu masalah kepada penyelesaian, mengatasi halangan di sepanjang laluan. Oleh itu, kajian ini bersifat analitikal kerana tujuan kajian ini diadakan adalah untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan cara untuk meningkatkan pencapaian dalam matapelajaran Sejarah dan juga cara untuk menarik minat pelajar dalam mempelajari Sejarah.

Pada pendapat saya kandungan artikel adalah yang terkini kerana kajian ini telah dijalankan pada tahun 2009. Maka tidak dapat disangkal bahawa kajian ini melihat kepada permasalahan dalam bidang pendidikan pada masa kini di mana pelajar pada masa sekarang kurang berminat pada subjek yang lebih kepada fakta dan hafalan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menarik minat pelajar supaya minat akan subjek Sejarah di samping dapat mempelajari dan memahami Sejarah dengan lebih mudah.
Fakta utama jurnal ini adalah jelas dan kukuh. Kejelasan artikel ini dapat dilihat daripada penerangan yang diberikan dengan buktinya sekalinya. Kekukuhan artikel ini dapat dilihat daripada sokongan dan pendapat daripada penulis-penulis buku seperti Novak, Omar, dan ramai lagi yang boleh dirujuk pada bahagian bibliografi pada jurnal. Sokongan daripada tokoh-tokoh akademik sanat penting kerana ia akan menguatkan lagi penulisan akademik.
Gaya penulisan artikel ini adalah jelas dan menarik. Format penulisan adalah tersusun mengikut format kajian ilmiah. Ayat yang digunakan dalam penulisan adalah mudah dan senang untuk difahami oleh pembaca.

Kredibiliti isi kandungan dalam meneroka isu yang dikemukakan mempunyai kelemahan dan kekuatan. Kekuatannya boleh dilihat apabila penulis meneroka isu dengan menggunakan metodologi seperti penggunaan Ujian-t dalam menentukan perbezaan min pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca. Disamping itu juga, kaedah kaji selidik yang digunakan sangat sesuai kerana pengiraan dilakukan dengan mengambil kira min dan sisihan piawai hasil kajian. Oleh itu, ketepatan analisis kajian adalah diperakui.

Kelemahan dalam kajian yang dilakukan ialah kajian ini berskala kecil dan tidak melibatkan ramai pihak. Oleh itu, pada cadangan saya agar kajian ini dilakukan kepada dua pelajar yang berlainan dari segi kecerdasan iaitu diuji untuk pelajar yang cerdik dan kurang cerdik. Oleh itu, kajian ini boleh mengetahui bahawa penggunaan peta konsep ini sesuai untuk pelajar cerdik atau kurang cerdik atau kedua-duanya sekali. Sangat sesuai jika kajian ini dilakukan kepada semua pelajar dalam sesebuah sekolah tersebut. Ini adalah untuk menentukan tingkatan manalah yang sesuai dalam menggunakan peta konsep dan pelajar jenis manakah yang boleh menerima penggunaan peta konsep.

3.0 Kesimpulan
Kesimpulannya ialah kajian yang dilakukan oleh pengkaji mencapai matlamatnya walaupun tahap penggunaan peta konsep dalam proses pengajaran Sejarah berada pada tahap sederhana positif. Selain itu juga, melalui penggunaan peta konsep ini peratus kelulusan matapelajaran Sejarah di kawasan kajian telah meningkat dari 59 peratus kepada 86.5 peratus. Oleh itu, pada pendapat saya kajian ini haruslah melibatkan keseluruhan tingkatan supaya hasilnya dapat dilihat dengan begitu ketara lagi. Jika penggunaan peta konsep berjaya maka ia boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment