Tuesday, September 7, 2010

7 Cara agar suami terus setia

KESETIAAN SUAMI DALAM PERKAHWINAN ADALAH HARAPAN SETIAP ISTERI. NAMUN BEGITU, WANITA TIDAK BOLEH HANYA BERHARAP SEBALIKNYA PERLU MELAKUKAN USAHA UNTUK MENCAPAINYA.

Hari ini ramai isteri yang dilihat tidak mengambil berat tentang perkara ini. penampilan diri diabaikan, sikap buruk melebihi kebaikan dan layanan di kamar juga tidak ditekankan. Sudahnya suami berpaling pada wanita lain dan saat itu barulah kesilapan disedari. jadi sebelum terlewa, ikat dahulu kesetiaan suami dengan mempraktikan panduan di bawah ini. Jika tujuh perkara tersebut menjadi keutamaan  wanita dalam melayani suami maka dia mampu menggenggam cinta suami dan mempertahankan keutuhan rumah tangga...

  • Wajah yang menarik:Perkara pertama yang membuka hati seseorang lelaki untuk mencintai wanita adalah dari pandangannya. Sebab itulah ada pepatah yang mengatakan dari mata turun ke hati. Tanyalah suami anda mengapa dia tertarik dengan diri anda satu ketika dahulu, tentu jawapannya wajah atau penampilan anda. Oleh itu, amat penting untuk anda menjaga kecantikan itu pada pandangannya walaupun sudah lama berumah tangga. Dalam hal ini peranan kosmetik adalah sangat penting, apa kata calitkan gincu dan gunakan bedak ketika di hadapan suami agar kelihatan cantik pada pandangannya.Kosmetik bukan sekadar dilihat bahkan ia juga dicium, tidak salah semburkan haruman yang boleh menimbulkan rasa ghairah suami. Ini adalah penting supaya suami sentiasa ada disisi.
  • Pakaian yang kemas: Apa yang dipakai mestilah cantik dan rapi pada pandnagannya. Tidak salah jika kita tanyakan pada suami fesyen apa yang disukainya untuk kita gayakan.Elakkan menggunakan kain batik dan juga baju yang lusuh walaupun ia menjadi kesukaan anda di rumah. Harus diingat ketika di luar suami anda kerap berjumpa dengan perempuan yang cantik, rapi dan bersih dan hebat penampilannya. Sekiranya melihat anda dalam keadaan berserabut sudah tentu suami anda bosan dan lebih senang melihat wanita lain yang jauh lebih menarik.
  • Masakan yang enak: Ada anggapan yang mengatakan bahawa suami akan semakin sayang jika isteri pandai memasak. Semakin lazat masakkannya, semakin dia menyayangi sebabnya melalui masakan yang dihidangkan isteri, suami akan merasakan dirinya dicintai dihargai dan diperhatikan.
  • Perbaiki diri: Setiap orang mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Untuk menjadi isteri yang baik maka sikap negatif perlulah dikurangkan atau perbaiki. contohnya, jika anda kuat cemburu belajarlah untuk mengawalnya.Semua suami akan senang jika isterinya lemah lembut, tidak cerewet dan memahami dirinya.
  • Pandai Berkomunikasi: Komunikasi yang tidak lancar menyebabkan ramai isteri memendam rasa, tidak puas hati. Oleh itu pandai-pandailah memperbaikinya. Belajarlah cara meluahkan perasaan, memujuk, mendorong, mengadu pada suami mahupun mengkritiknya dengan cara yang betul.
  • Komitmen rumah tangga tidak berbelah bahagi: Memasuki fasa perkahwinan bermakna tanggungjawab menjadi semakin besar bagi seseorang wanita. Oleh itu, seseorang isteri mampu memberi komitmen yang tidak berbelah bagi dalam semua tanggungjawab pasti disayangi suami. 
  • Kepuasan seks dipenuhi: Walaupun terletak pada bahagian palaing akhir namun faktor ini selalunya menjadi perkara pertama mengikat kesetiaan suami. Isteri yang mampu melayani suami seperti yang dikehendaki dan memberi kepuasan seks yang maksimum adalah dambaan setiap lelaki. Oleh itu, setiap isteri yang mahu menambat hati suami haruslah berkemahiran dalam urusan ranjang. Tidak salah untuk mempelajari teknik-teknik hubungan seksual dan info-info berkenaan dengannya bagi menambah ilmu didada.
Sumber: Majalah Wanita September 2010

2 comments: