Sunday, September 26, 2010

Kisah Benar~~Sumber Rapi September 2010

LEBIHKAN HOBI DARI ISTERI SENDIRI

Nazri bertemu jodoh dengan isterinya Nasha di laman sosial di Internet. Pada mulanya dia hanya sekadar menghulurkan salam perkenalan kepada gadis itu dan seperti rakan-rakan mayanya yang lain, Nazri melayan Nasya tidak lebih seperti seorang rakan. Namun mungkin kerana jodoh mereka kuat membuatkan Nazri terfikir untuk bertemu dengan Nasya secara empat mata. Walaupun dia agak keberatan kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku kepada dirinya namun melihat kesungguhan yang ditunjukkan akhirnya Nasya lembut hati untuk bertemy dengan Nazri.

Akan tetapi ia bukan berlangsung antara mereka berdua sahaja. Tetapi ditemani adik laki Nasya. Ternyata pertemuan itu akhirnya membibitkan perasaan kasih dan sayang antara keduanya. Sejak detik itu, hubungan keduanya bertambah erat.
Sungguhpun mereka tinggal berjauhan, namun itu bukanlah penghalang untuk Nazri dan Nasya meneruskan hubungan. Selain internet, telefon bimbit menjadi penghubung antara keduanya.

Sekali-sekala Nazri mengambil peluang untuk pulang ke kampungnya di Utara dan dia tidak lupa untuk singgah bertemu dengan Nasya kekasihnya yang tinggal di Ipoh. Semakin hari cinta Nazri pada Nasya makin kuat dan mereka tidak mahu dipisahkan.

Selepas berbincang, Nazei mengambil keputusan untuk melamar Nasya untuk dijadikan suri hidupnya. Lamaran itu diterima dengan hati yang terbuka walaupun Nasya agak keberatan untuk meninggalkan kerjayanya di Ipoh.

Demi kasih dan cintanya yang mendalam terhadap lelaki itu dia sanggup mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan selepas mendirikan rumah tangga. Walaupun terasa berat hati tetapi demi masa depan, Nasya rela beralah memandangkan Nazri lebih selesa bekerja di ibu kota berbanding di luar bandar.

Kata orang redha seorang suami amat penting dalam menjalani kehidupan berumah tangga.  Setelah menuruti permintaan Nazri agar dia berhenti kerja di Ipoh, dia kemudian mencari kerja di Ibu Kota.

Bagaimanapun bukan mudah untuk mencari pekerjaan walau pun mempunyai kelulusan yang tinggi. Akhirnya Nasya menjadi suri rumah sepenuh masa lantaran kesukaran mendapatkan pekerjaan di Ibu Kota.

PERGI TIDAK KEMBALI

Sebenarnya dari segi kewangan, Nazri mampu menyara kehidupan suami isteri namun secara sederhana sahaja. Tetapi apa yang merisaukan Nasya ialah minat dan hobi Nazri yang suka berkonvoi dengan motosikal. Sejak dari mula mengenali Nazri lagi, dia sudah mengetahui minat suaminya yang seakan taksub dengan konvoi motosikal. Ada kalanya dia pergi berhari-hari bersama teman yang berkongsi hobi.

Fikir Nasya, Nazri akan memperlahankan aktivitinya selepas mereka mendirikan rumah tangga namun sangkaan itu meleset sama sekali. Pada mulanya memang dia selalu mengikuti Nazri menyertai konvoi menjelajah serta pelusuk negeri namun lama kelamaan, Naysa semakin bosan dengan sikap Nazri yang melebihkan hobinya itu berbanding dirinya.

Berbanding dengan pasangan lain yang mendirikan rumah tangga, Nazri dan Nasya dikurniakan rezeki agak lewat. Hanya selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga barulah Nasya disahkan berbadan dua.

Berita gembira itu diterima dengan penuh kesyukuran oleh Nazri dan Nasya. Sudah lama mereka mengidamkan untuk memiliki zuriat mereka sendiri. Sejak Nasya disahkan berbadan dua, Nazri melayan Nasya bak puteri. Segala-galanya dilakukan oleh Nazri. malah Nazri berjanji untuk mengurangkan aktiviti konvoinya bersama rakan. Perubahan Nazri amat menggembirakan Nasya namun ia hanya seketika. Nazri tidak mampu menahan keinginan untuk konvoi bersama dengan rakan-rakannya ke Singapura.

Walaupun ketika itu kandungan Nasya sudah mencecah lapan bulan tetapi Nazri tetap berdegil untuk menyertainya. Fikir Nazri tetap berdegil untuk berdegil untuk menyertainya, Fikir Nazri belum sampai masanya untuk isterinya untuk melahirkan. Bersama linangan air mata dan arasa berat hati, Nasya melihat pemergian suaminya dengan hati yang sayu. Doanya semoga Nazri selamat pergi dan balik.

Sepanjang pemergian Nazri, Nasya ditemani oleh ibu mertuanya. Akan tetapi malang tidak berbau. Ketika di bilik air, dia telah jatuh tergelincir dan mengalami tumpah darah yang banyak. Nazri telah dimaklumkan tentang kejadian yang menimpa Naysa. Tetapi Tuhan lebih menyayangi Nasya dan anak dalam kandungan. Peristiwa itu juga menyebabkan Nazri menyesal tidak sudah sehingga ke hari ini.

2 comments:

  1. waduhhhh...neyy...kelalu balat ke hobi. nama hobi culu deh?

    ReplyDelete
  2. ney.. nesal cg nda kala dulu sulu... dudi belama... Hobi ku sebenarnya maca novel <(@_@)>

    ReplyDelete