Wednesday, September 8, 2010

Selulit Teman yang tidak diundang

Selulit boleh berlaku kepada sesiapa saja tidak mengira seseorang itu kurus ataupun gemuk. Kehadiran Selulit menandakan bahawa kulit yang tidak sihat kerana selulit (strech mark) merujik kepasa pengumpulan lemak dibawah kulit yang mengandungi kombinasi daripada lemak, air dan lebihan toksin.Keadaan lemak yang terkumpul ini kesan daripada kurangnnya aktiviti pembuangan, pertambahan pembentukan tisu di lapisan kulit. selulit ini bukanlah lemak biasa kerana ia sukar untuk dihapuskan. Selulit biasanya berlaku kepada gadis dan wanita kerana ia berkait rapat dengan lemak dan juga golongan ini cebderung menyimpan lemak berbanding lelaki terutamanya di bahagian paha, pinggang, punggung dan perut. Bahagian ini menjadi tumpuan kerana kurangnya pergerakan.

Punca Selulit
  1. Keadaan hormon badan yang tidak seimbang.
  2. Berkait rapat dengan genetik, cara hidup dan pola pemakanan yang tidak sihat terutamanya yang sering mengambil kafein.
  3. Berat badan yang menurun terlalu mendadak.
  4. Kegemukan @ Obesiti.
  5. Makanan pedas juga berpengaruh terhadap pembentukan selulit kerana toksin yang dihasilkan berkumpul dalam kalenjar minyak.
  6. Bagi yang sudah berumahtangga, mungkin juga disebabkan oleh pengambilan pil perancang keluarga dan kehamilan.
  7. Kurangnya senaman dan duduk dalam masa yang lama.

Tips Hilangkan selulit
  1. Amalkan makanan yang seimbang dan kurangkan lemak serta karbohidrat. Minum air secukupnya.
  2. Untuk mengurangkan takungan air dalam tubuh, cubalah sejenis teh duratik yang boleh membantu melawaskan kencing.
  3. Kurangkan pengambilan gula.
  4. Bersukan dan bersenam membantu meransangkan peredaran darah dan meningkatkan sistem serta proses pembuangan.
  5. Sauna dan mandi wap juga boleh meransang peredaran darah dan memecah lemak. Lebih berkesan jika disertakan dengan urutan.
  6. Urutan dapat meransang peredaran darah dan secara tidak langsung membantu menghindari lemak yang terkumpul.
  7. Hindari tekanan kerana ia boleh menyebabkan otot tertekan sehingga menghalang kalenjar pembuangan racun tubuh.
  8. Elakkan pengambilan kafein lebih dari satu cawan kopi atau teh setiap hari. Kombinasi kafein dan duduk terlampau lama di kerusi akan menyebabkan aliran darah tidak lancar.
  9. Kurangkan pengambilan garam. Gantikan dengan buah dan sayuran segar, kacang buncis, tempe, daging tidak berlemak dan ikan.
  10. Amalkan cara penafasan yang betul.

No comments:

Post a Comment