Friday, September 17, 2010

WHY WOMEN MUST CARE ABOUT BEAUTY??

Kecantikan wanita dan cara memanjakan diri


Wanita adalah sebuah karya terindah Tuhan yg penuh dengan pesona sepanjang waktu. Kecantikan seorang wanita terpancar bukan dari parasnya yang ayu namun juga inner beauty yang terdapat di dalamnya , namun tidak dinafikan pertama kali mata memandang sebelum melihat inner beauty akan tertuju  pada penampilan dan juga kecantikan tubuh, ada banyak cara mahupun produk yang tersedia bagi para wanita yang ingin merawat serta mempercantik tubuh, mulai dari perawatan alami dan tradisional sampai pembedahan plastik.

Begitu banyak pilihan yang ada dan begitu juga dengan risiko yang terjadi, semakin maju tehnologi kecantikan serta produk yang digunakan maka kesan sampingnya juga akan semakin tinggi. oleh kerana itu berhati-hatilah untuk memilih produk mahupun alat kecantikan yang ada.
Cantik bagi seorang wanita itu sama seperti pentingnya harta bagi seorang lelaki. Perempuan cantik akan dapat banyak kelebihan berbanding perempuan yang 'kurang cantik'. Lihatlah sekeliling anda, perempuan cantik begitu senang untuk mendapat perhatian berbanding perempuan yang kurang cantik.
P/s: Apa-apa pun cantik luaran saja tidak berguna kerana kecantikan akan pudar dimamah usia. Hati kena juga cantik baru sempurna.... ^_^

No comments:

Post a Comment